Selasa, 16 Oktober 2012
Jumaat, 12 Oktober 2012
PENGAJARAN
SURAH AL MAA’UUN
Surah
Al Maa’uun mengandungi beberapa pengajaran yang dapat diambil. Antaranya ialah:
1. Kita hendaklah menyanyangi
dan berbuat baik kepada anak yatim.
2. Kita digalakkan bersedekah kepada fakir
miskin
3. Kita hendaklah
bersegera melakukan solat apabila masuk waktu.
4. Melakukan ibadah hendaklah dengan ikhlas
5. Kita hendaklah bersedia
member pertolongan kepada yang memerlukan.
INTISARI KANDUNGAN SURAH AL MAA’UUN
Maa’uun ( pertolongan) kerana pada akhir surah ini Allah telah menjanjikan seburuk-buruk balasan kepada
orang-orang yang tidak member pertolongan kepada orang-orang yang berhak menerimannya. Surah ini juga
menerangkan cirri-ciri orang yang mendustakan agama dan hari pembalasan. Mereka ialah orang yang
menindas serta berlaku kasar kepada anak yatim dan tidak menggalakkan orang lain bersedekah kepada
fakir miskin. Sementara itu orang-orang yang ditimpa kecelakaan besar ialah ahli-ahli solat yang lalai ketika
menyempurnakan solat, orang yang riak atau menunjuk-nunjuk dalam ibadah dan tingkahlakunya. Seterusnya
mereka tidak mahu member pertolongan kepada orang yang memerlukannnya.
Khamis, 11 Oktober 2012
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
Itulah orang yang mengherdik anak yatim,
وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ
Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,
الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,
الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ
orang-orang yang berbuat riak,
وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ
Langgan:
Catatan (Atom)






